Monday, April 16, 2012

Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 18-21 April Ini

Sebanyak tujuh negeri telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu bermula lusa hingga Sabtu ini.

Kejohanan kali kedua itu dibuat dengan kerjasama Persatuan Badminton Terengganu dengan penaja minuman isotonik, 100Plus.


Naib Presiden Persatuan Badminton Terengganu, Harry Isaac berkata sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu kategori perseorangan dan beregu acara lelaki dan wanita bawah 12 tahun, bawah-14, bawah-16 dan bawah-18.

"Antara negeri yang mengesahkan mengambil bahagian kali ini ialah Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kita menjangkakan penyertaan akan bertambah sebelum tarikh perlawanan.

"Bagaimanapun hadiah dijangka lumayan bagi menarik peyertaan bakat muda dan kita akan umumkannya dalam masa terdekat ini," katanya di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya selain mencungkil bakat muda negara, kejohanan yang diadakan itu turut bertujuan menggalakkan anak-anak Terengganu untuk menyertai sukan ini dan mengenal pasti bakat baru yang berpotensi.

No comments:

Post a Comment