Sime Darby menyandarkan gandingan serangan pemain import, Patrick Ronaldinhodengan Mohd. Irme Mat apabila berdepan Terengganu pada separuh akhir Piala FA, esok. |
Tumpuan Terengganu kini adalah untuk memberi fokus kepada kempen separuh akhir Piala FA menentang Sime Darby esok.
Kerana itu walaupun dianggap bernasib baik kerana seri dengan negeri Sembilan di Paroi kelmarin, penggendali Terengganu, Mat Zan Mat Aris tetap memberi kredit kepada semua pemain yang telah bekerja keras dan memperoleh jaringan awal bagi memastikan skuad Penyu tidak pulang kosong.
Yang diharapkan ialah masalah yang melanda beberapa pemain yang mengalami kecederaan kecil termasuk Ashaari Shamsuddin dan Manaf Mamat akan segera selesai.
“Saya harap mereka dapat cepat sembuh menjelang aksi Piala FA nanti," kata Mat Zan. Selain berharap akan ke akhir Piala FA, Mat Zan tetap yakin dengan peluang Terengganu dalam misi mendakap trofi Liga Super musim ini.
Dalam kedudukan di mana saingan liga masih berbaki 12 perlawanan, pintu masih luas sebenarnya buat anak-anak buah Mat Zan untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Terengganu bagi menjulang trofi berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah.
Biarpun skuad Penyu sekadar memperoleh satu mata selepas diikat 1-1 oleh Negeri Sembilan kelmarin,ia membolehkan Terenggany kekal di tangga ketiga liga.
Namun, Terengganu kini ketinggalan jurang mata yang agak besar berbanding dua pasukan teratas - Lions XII dan Kelantan. Terengganu dan Kelantan yang beraksi 14 perlawanan kini masing-masing mengumpul 25 dan 31 mata, sementara Lions XII mengumpul 36 mata daripada 17 perlawanan.
Mat Zan tidak risau dengan kedudukan semasa ini kerana saingan liga masih berbaki 12 perlawanan dengan jumlah maksimum mata yang ada adalah 36.
Yang penting adalah memberi fokus kepada setiap perlawanan dengan matlamat untuk meraih sebanyak mungkin mata sehingga ke akhir musim.
Bercakap kepada Kosmo! semalam, Mat Zan tidak mahu terlalu panik dengan kedudukan ketiga yang dihuni pasukannya, sebaliknya berasakan ia adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan anak-anak buahnya.
Penggendali Terengganu itu menganggap inilah masa terbaik untuk memperbaiki segala kekurangan pasukan yang kembali bangkit untuk mengejar kedudukan Kelantan dan Lions XII.
No comments:
Post a Comment