Friday, April 20, 2012

YPU Bakal Perkenal Rangkaian Perniagaan Bergerak

Kerajaan negeri Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, melangkah setapak lagi apabila memperkenal rangkaian perniagaan secara bergerak, T-Mobil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata langkah baharu yang diperkenal itu adalah usaha bagi mengembangkan konsep perniagaan yang mengguna pakai jenama T (Terengganu), sekaligus meningkat pembabitan penduduk negeri ini dalam bidang keusahawanan.


Katanya menerusi T-Mobil, para pengguna tidak perlu lagi keluar ke mana-mana pusat perniagaan dan pasar raya, sebaliknya T-Mobil akan pergi kepada pengguna menggunakan van bergerak.

"Kita telah mengenal pasti dua usahawan berpotensi untuk menjalankan perniagaan menggunakan T-Mobil ini, dan memilih dua daerah iaitu Hulu Terengganu dan Kemaman sebagai perintis untuk projek berkenaan.

No comments:

Post a Comment