Thursday, May 17, 2012

1,090 Lagi Lot Tanah Rancangan Berkelopok DiAnugerahkan Kepada Rakyat - Ahmad Said


Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan kerajaan negeri bersetuju meluluskan 1,090 lagi lot tanah rancangan berkelompok membabitkan tiga lokasi berasingan di negeri ini untuk diagihkan kepada penduduk.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 991 lot tanah membabitkan kawasan kediaman dan selebihnya iaitu 99 lot tanah untuk pertanian.

“Kawasan yang diluluskan itu adalah Kampung Jambu Bongkok, Bukit Payung; Jeram Cina, Manir dan Kampung Tajin, Kuala Berang,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Menteri Besar turut menyatakan kerajaan Terengganu akan membina menara tinjau setinggi 10 tingkat sebagai menambah keunikan jambatan yang menghubungkan Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dan Seberang Takir.

Manara tinjau yang bakal dibina bersebelah jambatan itu turut dilengkapi restoran sebagai pelengkap menarik minat pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke negeri ini.

Menteri Besar, berkata kemudahan yang belum diputuskan peruntukan kerana masih di peringkat awal itu adalah kesinambungan daripada projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

“Jambatan dan menara itu juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang akan dibangunkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

No comments:

Post a Comment