Thursday, May 17, 2012

Empat Anak Jati Terengganu Dalam Skuad Hoki Remaja Dapat Habuan


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan insentif sebanyak RM5,000 seorang kepada empat anak jati Terengganu yang berjaya mengharumkan nama negeri pada Kejohanan Hoki Remaja Piala Asia 2012 di Stadium Bukit Serindit, Melaka, Ahad lalu.

Insentif yang dijangka berjumlah RM20,000 itu bagi menyuntik semangat pemain supaya terus mencipta kejayaan membanggakan.


Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengatakan skuad hoki remaja negara yang muncul juara pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia bakal menerima imbuhan.

Beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara bagi menentukan bentuk imbuhan yang akan diberi kepada pemain terbabit.

"Tetapi itu tidak bermakna perjuangan mereka sudah selesai setakat itu (kejuaraan Asia) sahaja," katanya.

Ahad lalu skuad hoki remaja mengakhiri penantian hampir 25 tahun negara untuk bergelar juara Asia selepas menundukkan Pakistan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MBMB di Bukit Serindit, Melaka.

Ditanya sama ada wujud cadangan untuk menghantar skuad itu menjalani latihan di luar negara seperti pasukan bola sepak Harimau Muda, Ahmad Shabery berkata perkara tersebut akan dibincangkan dengan persatuan hoki.


No comments:

Post a Comment