Seramai 24 pemain cilik telah dipilih oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mewakili negara pada kejohanan bola sepak Piala Cappy di Croatia pada 21 hingga 30 Mei ini.
Jurulatih yang juga pengurus pasukan Mat Noor Bidin berkata ini termasuk lima orang pemain daripada Terengganu yang dianggap akan menjadi tunggak pasukan negara di kejohanan berkenaan.
"Hanya Malaysia dari Asia yang dijemput untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia itu," katanya kepada pemberita sebelum berangkat ke Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebelum berlepas ke Crotia pada 20 Mei ini.
Turut hadir pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu serta ibu bapa pemain-pemain berkenaan.
Mat Noor berkata pemilihan pemain-pemain untuk skuad negara itu telah dibuat daripada seramai 60 orang pemain dari seluruh negara yang telah dipanggil untuk latihan dan pemilihan di sini dari 23 hingga 28 April lalu.
No comments:
Post a Comment