Monday, May 14, 2012

Aspire Paradise Sasar 50,000 Pengedar, Tembusi Pasaran Antarabangsa

Aspire Paradise Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera menyasarkan pertambahan pengedar syarikat itu kepada 50,000 orang berbanding 10,000 setakat ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Azmi Ibrahim, 52, berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan sambutan hebat terhadap produk pemakanan kesihatan dan kecantikan keluaran syarikat itu di dalam dan luar negara.

 "Walau pun syarikat ini baru ditubuhkan pada Oktober 2010, namun pengalaman kami suami isteri berkecimpung dalam perniagaan selama 17 tahun membolehkan kami memajukan syarikat ini supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat gergasi MLM yang lain.


 "Malah, dengan adanya kakitangan terlatih serta berpengalaman dalam bidang jualan langsung ini sangat membantu syarikat untuk terus menambah pengedar dan purata jualan bulanan yang semakin meningkat berbanding tahun lalu," katanya di Kemaman.

Aspire Paradise kini mencatat jualan purata bulanan sebanyak RM1 juta dan menyasarkan peningkatan kepada RM5 juta sebelum akhir tahun ini.

Bagi Pengarah Eksekutifnya pula, Datin Asparila Yaacob, 46, beliau teruja untuk memulakan perniagaan ini kerana ingin berkongsi peluang menjana pendapatan lumayan dengan orang ramai.

"Kita akur tidak semua perniagaan dapat dijalankan dengan mudah seperti perniagaan yang berteraskan MLM di mana modalnya hanya sedikit tetapi keuntungan lumayan, bergantung kepada usaha usahawan itu sendiri.

"Di Aspire Paradise, kami yakin dengan semangat yang kental dan fokus perniagaan yang tepat, seseorang pengedar itu boleh menjana pendapatan puluhan ribu, malah ratusan ribu ringgit dalam masa singkat (setahun atau dua tahun) dengan syarat mereka mempunyai jaringan anggota yang luas di seluruh negara," kata ibu kepada lima orang anak itu.

Mempunyai pelbagai perniagaan lain selain Aspire Paradise termasuk agensi pelancongan, syarikat hiasan dalaman, kawalan keselamatan dan restoran di serata Malaysia membuatkan pasangan suami isteri ini tidak duduk diam, namun buat masa ini tumpuan diberi terhadap Aspire Paradise memandangkan syarikat lain sudah maju dan hanya perlu dipantau sesekali.

Asparila berkata sebagai wanita, beliau mahu membantu lebih ramai ibu tunggal dan wanita miskin untuk keluar dari zon keperitan hidup kepada gaya hidup yang lebih selesa bersama Aspire Paradise.

"Di Aspire Paradise, kita mempunyai banyak rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang begitu sinonim dengan wanita antaranya jus gabungan pelbagai herba seperti kacip fatimah, madu, kurma, manjakani dan akar serapat iaitu femi9 jus, kopi untuk kesihatan, makanan minda, jus untuk penyakit kencing manis, darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

 "Kesemua produk ini adalah usaha kita bagi mencegah dan merawat penyakit dan ia sudah terbukti secara saintifik boleh mengurangkan pelbagai simptom penyakit kronik yang lain," katanya.

Bagi anak kelahiran Jertih, Terengganu ini, mereka akan turun padang setiap minggu untuk mengadakan sesi prebiu memperkenalkan produk dan peluang perniagaan di seluruh Malaysia secara konsisten untuk pengukuhan perjalanan syarikat.

Dalam menghadapi persaingan dari syarikat lain pula, Asparila menegaskan pihaknya akan memberikan pelan pemasaran menguntungkan kepada pengedar serta produk yang memberi pelbagai faedah kepada pengguna untuk kekal dalam industri jualan langsung ini.

 "Kami bergerak secara teratur dengan mengadakan majlis anugerah untuk setiap pengedar yang menunjukkan prestasi membanggakan, Hari Keluarga untuk mengeratkan hubungan sesama pengedar Aspire Paradise dan sentiasa mengadakan aktiviti bersama kakitangan yang lain," katanya

No comments:

Post a Comment