Sunday, May 20, 2012

287 Peneroka Felda Tenang,Hulu Besut Dapat Durian Runtuh

BNawi menyampaikan replika cek kepada wakil peneroka Felda Tenang,Hulu Besut
Selepas peneroka Felda Selasih,Jabi, Setiu menerima durian runtuh tiba pula giliran peneroka Felda Tenang,Hulu Besut, mendapat rezeki tambahan RM15,000 hasil pemberian Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Felda Tenang , Hulu Besut, itu seramai 287 peneroka menerima durian runtuh berjumlah RM1.4 juta hasil agihan agensi tanah terbesar dan di negara ini kepada penerokanya.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohammad menyampaikan replika cek kepada wakil peneroka sempena majlis penyampaian wang durian runtuh itu semalam.

Dengan pemberian itu, janji Kerajaan Barisan (BN) sudah ditepati dan peneroka terbabit menerimanya dengan perasaan gembira sambil meenyifatkan ia perkara tidak diduga.

Berucap pada majlis itu, Nawi berkata, tuduhan pembangkang yang menghasut peneroka yang mendakwa kerajaan BN ingin menipu mereka memang meleset dan terbukti dengan pemberian cek berkenaan.

Katanya, beliau gembira kerana tidak ramai peneroka Felda Tenang yang terpengaruh dengan dakyat pembangkang sebaliknya terus memberi sokongan dan kepercyaan kepada pimpinan kerajaan sekarang.

“Peneroka Felda sememangnya golongan bernasib baik kerana pelbagai kemudahan dan insentif diberikan kepada mereka berbanding tempat lain,” katanya.

Beliau berharap, peneroka terus memberi sokongan terhadap kerajaan BN jika ingin melihat nasib mereka sentiasa dibela dan diberi perhatian pada masa akan datang.

teganukita

No comments:

Post a Comment