Sunday, May 20, 2012

MuziumTerengganu Buka Pintu Kepada Pengunjung Sehingga Malam Sabtu

Buat julung kali, Muzium Negeri Terengganu akan dibuka kepada pengunjung sehingga pukul 10 malam pada Sabtu, sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2012 Jumaat.

Pegawai Perhubungan dan Pemasaran muzium itu Mohd Saberi Muda berkata pelbagai program disediakan kepada pengunjung sebaik muzium dibuka pada pukul 9 pagi Sabtu.


Antaranya demonstrasi permainan dan persembahan kebudayaan,selain hadiah misteri kepada pengunjung bertuah, katanya kepada Bernama, di sini pada Jumaat. Katanya masuk adalah percuma.

Sambutan kali ini diraikan dengan tema 'Muzium dan Dunia yang Berubah: Cabaran Baru Inspirasi Baru', katanya.

No comments:

Post a Comment