Seramai 757 keluarga peneroka di Felda Kerteh 5 dan Kerteh 6 di Kerteh bersyukur kerana terpilih sebagai kumpulan peneroka pertama di Terengganu yang menerima cek fasa pertama pemberian durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Sebanyak RM1.785 juta diperuntukkan kepada 357 peneroka di Kerteh 5 dan RM2 juta diperuntukkan kepada 400 peneroka di Kerteh 6.
Majlis penyampaian replika cek itu disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman di balai raya Kerteh 5 pada Khamis (10 Mei 2012).
Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Abdul Malib Rani berkata sebanyak RM113.4 juta diperuntukkan kepada 7,459 keluarga peneroka di kesemua 20 tanah rancangan Felda di negeri itu.
"Peneroka boleh mengambil cek bayaran mereka di pejabat Felda mulai hari ini dan kita jangka penyerahan durian runtuh fasa pertama ini selesai sebelum 22 Mei ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas penyerahan replika cek itu kelmarin.
No comments:
Post a Comment