Sunday, May 13, 2012

Harga Saham Petronas Tidak Berubah Meskipun Kebakaran Loji Kerteh

Harga saham Petronas Gas Bhd (PGB) kekal tidak berubah pada RM17.28 pada akhir segi pagi Jumaat meskipun kejadian kebakaran di loji pemprosesan gasnya (GPP) di Kerteh, Terengganu.

Saham syarikat itu berada antara RM17.18 dan RM17.28 sepanjang sesi pagi.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata GPP ditutup bagi penyelenggaraan ekoran kemalangan 3 petang kelmarin yang menyebabkan seorang maut dan dua mengalamai kecederaan.

"Kerosakan kepada kelengkapan loji adalah minimum," kata kenyataan itu sambil menambah insiden itu tidak menjejaskan operasi unit loji pemprosesan gas lain.

Begitu juga tiada sebarang gangguan bekalan gas ke rangkaian saluran paip Penggunaan Gas Semenanjung.

No comments:

Post a Comment