Wednesday, May 9, 2012

Abdul Manaf Mamat Direhat Sementara Setelah Jalani Pembedahan

Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat terpaksa direhatkan sementara setelah menjalani pembedahan di bahagian buku lali.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Pantai, Ampang, Selangor Sabtu lalu akibat kecederaan yang dialami selepas mengharungi beberapa perlawanan sebelum ini.


Abdul Manaf berkata kesan pembedahan mungkin memakan masa selama dua bulan sebelum dia dapat kembali beraksi seperti biasa.

"Doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

"Bagaimapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina," katanya.

No comments:

Post a Comment