Muzium Negeri Terengganu akan mengadakan "Pameran Kehebatan Terengganu," pada 9 Mei hingga 30 Jun.
Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Saberi Muda berkata pameran itu memberi fokus kepada kehebatan setiap bidang yang menjadikan Terengganu terkenal di Malaysia seperti bidang agama, seni, pelancongan, pendidikan dan sukan.
Pameran anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) itu, katanya wajar dimanfaatkan semua golongan khususnya para pelajar kerana ia mampu memberi dorongan supaya terus berjaya.
"Kehebatan yang dicipta di negeri ini masih berterusan dan masih mampu mengekalkan kehebatan sehingga kini dan yang lebih membanggakan Terengganu pernah menjadi ikon kepada negeri-negeri lain dalam usaha memajukan negeri masing-masing," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Saberi berkata kira-kira 20,000 dijangka mengunjungi pameran itu. Sepanjang tahun lalu, LMNT mencatatkan kedatangan 169,370 pengunjung.
No comments:
Post a Comment