Tuesday, May 1, 2012

Bebas Tuduhan Bunuh Kerana Skizofrenia

Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu, semalam, membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan membunuh rakannya dua tahun lepas selepas dia didapati tidak waras semasa melakukan perbuatan itu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa sebaliknya memerintahkan tertuduh, Mohd. Fauzu Muda, 31, yang didapati menghidap skizofrenia, menjalani rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru sehingga tempoh yang diperkenan oleh Sultan Terengganu, mengikut Seksyen 348 Kanun Acara Jenayah.


Semasa hakim menyampaikan keputusan itu, Mohd. Fauzu yang berada dalam kandang tertuduh hanya menunjukkan wajah selamba. Mohd. Fauzu didakwa membunuh Ismazi Ismail, 31, di tepi hutan peringkat satu Bandar Cheneh Baharu, Kemaman, antara 1 tengah hari 20 September, 2010 hingga 6.30 petang, esoknya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment