Thursday, May 31, 2012

Cuepacs Minta Naikkan Gred 50,000 Pekerja

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbang cadangan supaya menaikkan gred jawatan kira-kira 50,000 pekerja sektor perhutanan, pertanian dan teknikal.

Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng berkata, kesemua pekerja terbabit yang kini dalam gred G17, G22 dan G26 dicadang dinaikkan kepada gred G27, G32 dan G36 kerana mereka mempunyai kelayakan akademik dan sijil kemahiran.


Beliau berkata, kenaikan itu selaras dengan hasrat kerajaan mahu melahirkan pekerja mahir dan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020," katanya semalam.

Yim Pheng berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan pada Mac lepas.

No comments:

Post a Comment