Monday, May 14, 2012

Derita pasukan bola sepak Terengganu semakin sukar diubati!

Pada ketika kemelut membabitkan jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris masih belum reda. pasukan Terengganu terus  ditimpa malang selepas kalah 1-2 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sementara wakil kelab dari Terengganu T-Team pula mencatatkan kemenangan menumpaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


Pasukan pendahulu Liga Super, pasukan Lions XII dari Singapura pula gagal melebarkan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super setelah terikat 3-3 ketika menentang Kedah di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam kelmarin.

Keputusan seri itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan pasukan bimbingan V. Sundramoorthy itu untuk terus menerajui kedudukan liga dengan mengumpul 40 mata selepas beraksi dalam 20 perlawanan.

Kelantan pula semakin mengurangkan defisit mata dengan Lions XII kepada hanya tiga mata selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Negeri Sembilan pula merampas kedudukan kelima liga dari Selangor selepas mengalahkan Johor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Sementara itu, Sarawak yang beraksi di Stadium Negeri yang kosong ekoran tindakan tatatertib oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas jiran mereka, Sabah menerusi jaringan tunggal Joel Epalle pada minit ke-22.

No comments:

Post a Comment