Friday, May 4, 2012

Isamuddin Ketuai Barisan Petinju Terengganu Ke Sukma 2012

Pemenang pingat gangsa Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Isamuddin Afif Mat Zaid akan mengetuai barisan sembilan petinju Terengganu ke Sukma 2012 di Kuantan, Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Jurulatih Terengganu Ghazali Awang berkata Isamuddin boleh menjadi idola dan penyuntik semangat kepada pasukan negeri yang mana semua petinju lain pertama kali beraksi pada temasya itu.


Isamuddin yang menang gangsa pada edisi 2010 dalam kategori 49kg akan menyertai acara sama kali ini, katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata Terengganu meletakkan sasaran untuk meraih satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukma 2012. Bagi menghadapi temasya tersebut, katanya petinju negeri akan turut menjalani latihan di Thailand bagi memperbaiki prestasi mereka.

No comments:

Post a Comment