Friday, May 4, 2012

UMT Sasar 500 Penuntut Asing Menjelang 2015

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan untuk menambah 500 orang penuntut asing, terutama dari negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Australia dan Amerika Syarikat menjelang 2015.

Sehingga kini, seramai 100 penuntut asing dari 18 negara sedang melanjutkan pengajian di universiti itu dengan kebanyakan mereka dari China, Indonesia dan negara-negara Arab, kata Naib Canselor UMT Datuk Profesor Dr Ibrahim Komoo.

"Buat masa ini terdapat 7,800 pelajar sedang menuntut di UMT dan daripada jumlah itu, 1.7 peratus adalah pelajar asing. "UMT tidak mahu bilangan pelajar yang terlalu ramai berikutan infrastruktur dan kemudahan awam sedia ada lebih selesa untuk bilangan 10,000 pelajar ke bawah," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam International Gala Night di Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa di Pulau Duyong dekat Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Turut berangkat pada majlis makan malam itu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

No comments:

Post a Comment