Thursday, May 3, 2012

Kasut Sukan Menggantikan Selipar Beri Motivasi Remaja Kemaman

Pemandangan sekumpulan remaja mengayuh basikal fixie dengan hanya berselipar atau sandal di Kemaman bakal lenyap apabila kebanyakan mereka menerima kasut sukan bagi melakukan aktiviti berkenaan.

Semalam, seramai 627 remaja berkenaan menerima kasut sukan jenama Bata yang disumbangkan Menteri Beliau dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di Cukai.


Walaupun menunggang basikal fixie, yang menjadi kegilaan ramai remaja masa kini satu aktiviti riadah yang bagus, aspek keselamatan sering diabaikan oleh remaja terbabit tanpa memakai kasut yang sempurna.

Ketika mengadakan pertemuan dengan ahli kelab basikal itu pada Februari lalu, Ahmad Shabery terkejut apabila mendapati kebanyakan mereka lebih senang berbasikal fixie dengan memakai selipar, kasut sekolah dan ada juga yang menggunakan sandal.

 Beliau yang risau dengan trend itu bersetuju untuk menyumbangkan kasut sukan jenama Bata bagi kegunaan ahli-ahli kelab basikal fixie di daerah itu demi keselamatan ketika beriadah, selain dapat mencungkil bakat baru sukan berbasikal di Terengganu.

No comments:

Post a Comment