Sunday, May 20, 2012

Kempen Kebersihan Di Kawasan Gunung, Pantai Dan Sungai Di Terengganu

Sempena kempen 1Malaysia Green & Clean (1MG 1MC), Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu akan melancarkan empat program kempen kebersihan mulai Sabtu hingga November ini.
 
Pengarahnya Sabri Zakaria berkata kempen tahun ini memberikan tumpuan kepada kawasan gunung, pantai dan sungai di negeri ini berbanding pada tahun lepas yang menumpukan pada pulau dan lokasi peranginan.


"Kita akan mengadakan pertandingan membawa turun sampah terbanyak dari gunung dan sepanjang pantai dan sungai.

Selain peserta pertandingan, pembabitan penduduk kampung di sepanjang pantai dan sungai juga diperlukan," katanya kepada pemberita selepas perasmian program 1MG 1MC di Kuala Terengganu, kelmarin.

Membuka tirai program 1MG 1MC ialah Cabaran Fotografi Terengganu 2012 yang menyediakan hadiah wang tunai RM2,700 kepada para pemenang.

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mengambil foto berlatarbelakangkan keindahan berunsurkan Terengganu.

No comments:

Post a Comment