Friday, May 11, 2012

Kerajaan Terengganu Galak Rakyat Ceburi Bidang Akuakultur

Kerajaan Terengganu menggesa rakyat di negeri itu merebut peluang menceburi bidang industri akuakultur terutama di Tasik Kenyir bagi membantu meningkatkan hasil pengeluaran ikan air tawar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata sehingga ini ternakan ikan air tawar di Sungai Como dalam kawasan Tasik Kenyir, Terengganu melibatkan keluasan 2,800 hektar yang bermula sejak 2006 melibatkan 11 pengusaha.


"Kita pelawa rakyat Terengganu merebut peluang menceburi industri akuakultur terutama di tasik terbesar buatan manusia itu kerana ia masih ada ruang yang luas.

Kalau mereka tidak ambil peluang, kita bimbang pengusaha luar akan memohon untuk membuka industri akuakultur di situ secara besar-besaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Makan Ikan Air Tawar Mega 2012 Negeri Terengganu di Pasar Tani Padang Hiliran di Kuala Trengganu, semalam.

Turut hadir Pengarah Perikanan negeri Abdul Khalil Abdul Karim dan Pengarah Fama negeri Hassan Jusoh. Asha'ari berkata ketika ini terdapat 1,445 penternak ikan air tawar di negeri itu melibatkan 4,371 sangkar serta 808 kolam dengan keluasan kira-kira 90 hektar.

No comments:

Post a Comment