Friday, May 11, 2012

Mapen Sasar 100 Syarikat Bumiputera Dalam Program Teras

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapen) manyasarkan sekurang-kurangnya 100 syarikat daripada kalangan anggota gabungannya dapat disenaraikan dalam Program Teras menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, untuk mencapai matlamat itu, Mapem sedang mengenal pasti calon syarikat PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi dapat dilakukan secara sistematik dan segara.


"Sehingga ini, 130 syarikat telah diumumkan oleh Perdana Menteri sehingga bulan April lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Outreach Transformasi Usahawan PKS Bumiputera Berprestasi Tinggi peringkat negeri Terenggaanu semalam.

Program outreach di sini adalah program ketiga daripada siri jelajah seluruh negara anjuran bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Mapen dan gabungan badan-badan ekonomi bukan kerajaan (NGO) secara bersepadu.

No comments:

Post a Comment