Thursday, May 17, 2012

Kes Mat Zan - PBNST Buka Pintu Rundingan



 "Tindakan ini (menamatkan kontrak lebih awal) mungkin drastik, ia bukan bertujuan menafikan hak Mat Zan, sebaliknya mahu menjulang kembali prestasi Terengganu ke tahap tertinggi...Kita sudah terlepas satu piala (Piala FA), jadi untuk memastikan Terengganu bangkit semula, kita kena tukar jurulatih dan keputusan ini bukan keputusan saya seorang, sebaliknya ia dilakukan oleh satu panel khas." 
- Datuk Che Mat Jusoh

 "Apa yang dilakukan ke atas Mat Zan Mat Aris bukanlah untuk merampas haknya tetapi demi masa depan bola sepak Terengganu."

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berhubung tindakan drastik yang dikenakan ke atas bekas jurulatih Sang Penyu itu.

Tanpa mahu mengeruhkan keadaan, Che Mat juga meminta Mat Zan untuk tidak terus memanjang isu berkenaan demi kebaikan bersama.

"Tindakan ini (menamatkan kontrak lebih awal) mungkin drastik, ia bukan bertujuan menafikan hak Mat Zan, sebaliknya mahu menjulang kembali prestasi Terengganu ke tahap tertinggi," kata Che Mat sebagai membalas isu berbangkit yang disuarakan Mat Zan kelmarin.

Menurut Che Mat, Mat Zan dilihat telah gagal membimbing Terengganu seperti yang dimahukan pihak PBSNT, sekali gus memaksa persatuan itu melantik Peter James Butler sebagai pengganti.

"Kita sudah terlepas satu piala (Piala FA), jadi untuk memastikan Terengganu bangkit semula, kita kena tukar jurulatih dan keputusan ini bukan keputusan saya seorang, sebaliknya ia dilakukan oleh satu panel khas," jelasnya.

Mengenai penyelesaian kontrak secara adil seperti yang dipinta Mat Zan, Che Mat menjelaskan, pihaknya sedia berunding dengan bekas jurulatih Kuala Lumpur itu bagi mencari keputusan terbaik.

"Pintu rundingan masih lagi terbuka untuk Mat Zan berbincang mengenai isu berbangkit termasuk hal-hal berkaitan pampasan," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sentiasa memberi ruang untuk berunding dengan Mat Zan dan surat peletakan jawatan tersebut akan diserahkan kepada bekas pemain negara itu selepas rundingan dilakukan.

Mengenai surat tunjuk sebab itu, Che Mat berkata, ia perlu dijawab bagi mengetahui punca sebenar tentang kegagalan Mat Zan membimbing Terengganu sebelum ini bagi memperbaiki prestasi pasukan itu.

Kosmo! semalam menyiarkan mengenai kekecewaan Mat Zan yang pernah berjaya membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 yang ditamatkan kontrak bertitik tolak selepas kegagalan Terengganu mara ke final Piala FA kerana tewas kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada pertemuan separuh akhir bulan lalu.

Ekoran kegagalan itu, PBSNT mengarahkan Mat Zan yang menandatangani kontrak sehingga November 2013, berehat selama dua minggu bermula 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Che Mat mengesahkan bahawa Mat Zan mahu mengundur diri daripada membimbing Terengganu selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment