Kesesakan di wad bersalin sedia ada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka diatasi apabila siapnya Kompleks Materniti dengan kapasiti 308 katil pada Oktober ini.
Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Anwa Sulaiman berkat, ketika ini wad bersalin di HSNZ mempunyai hanya 100 katil sedangkan bilangan pesakit semakin ramai yang menyebabkan kesesakan.
"Kompleks setinggi enam tingkat itu adalah yang pertama di Pantai Timur, sebagai satu kompleks khas, pusat sehenti khusus untuk ibu hamil, ibu selepas bersalin dan bayi baru lahir," katanya.Kuala Terengganu semalam.
Kompleks bernilai RM115 juta itu yang turut dilengkapi bangunan tempat meletak kereta setinggi lima tingkat bersebelahannya mula dibina pada Disember 2008, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka HSNZ.
Selain beliau berkata Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dinaik taraf sejak November 2009 dengan kos RM14.9 juta, sudah siap 99 peratus.
No comments:
Post a Comment