Wednesday, May 23, 2012

Lions XII Kembali Lebarkan Kedudukan Pendahulu Liga Super

Pasukan Lions XII dari Singapura kembali memperkukuh kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan tunggal liga di Stadium Jalan Besar, Singapura malam semalam.

Kemenangan ke-13 daripada 22 perlawanan musim ini membolehkan skuad bimbingan V. Sundramoorthy itu memungut 44 mata, berkelebihan tujuh mata di depan pesaing terdekat, Kelantan.


Pada perlawanan itu, Safuwan Baharudin membuka jaringan seawal minit keenam selepas memanfaatkan balingan jauh oleh Baihakki Khaizan dari tepi padang.

Agu Casmir menjaring gol kedua pada minit ke-36 selepas berlaku kekeliruan dalam kotak penalti pasukan pelawat sebelum menambah gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-64.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sarawak di tangga kelapan liga dengan 23 mata selepas beraksi dalam 18 perlawanan.

No comments:

Post a Comment