Friday, May 25, 2012

Mohd Sabu Tidak Yakin Dengan Kepimpinan Wahid Endut, Melihat Hadi Semakin Longlai?

 

"....persediaan parti itu sudah cukup mantap dan turut meramalkan PR mampu merampas beberapa negeri lain jika PRU13 diadakan secara bersih dan adil. Kalau pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, kita yakin akan dapat semula Perak, kita akan dapat Negeri Sembilan dan Johor pun kita letak dalam keadaan 50-50.Begitu juga dengan perkembangan baik sokongan pengundi terhadap PR di Melaka...”
- Mohamad Sabu

Kesian kat pemimpin PAS Terengganu khususnya Wahid Endut yang menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri.


Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu semalam mengatakan PAS mempunyai peluang 50-50 di tiga negeri iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

Malah Mohd Sabu mengatakan PAS juga ada peluang di Melaka. Di Terengganu? PAS tidak berani ramal langsung. Hoi malunya muka pemimpin PAS Teregganu!

Daripada apa yang disebut Mohd Sabu ini, Terengganu langsung tidak tersenarai apa lagi ranking dalam senarai negarai yang mampu dimenangi menurut analisis ‘ayam tambatan PAS’ itu!

Mengejutkan kerana Mohd Sabu tidak berani meramalkan di negeri Presidennya sendiri yang selama ini mengatakan Terengganu akan kembali kepada PAS.

Apakah kurang keyakinan Mohd Sabu itu berdasarkan fakta bahawa Barisan Nasional (BN) di Terengganu kuat? Sementara kepimpinan Abdul Hadi di negeri sendiri pun terumbang ambing dan longlai, kepimpinan Wahid pula diragui keupayaannya oleh pemimpin PAS Pusat.

Atau Mohd Sabu sebagai kumpulan Erdogan yang lebih memihak kepada Datuk Husam Musa dan rakan-rakan yang bukan ulama melihat kepimpinan ulama lemah?

 Sejak awal 2011 ramai pemimpin PAS begitu yakin akan dapat tawan Terengganu termasuk oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (kiri)berkata, keyakinan itu diletakkan kepada sasaran terhadap generasi baru khususnya tidak nampak mereka memberi sokongan kepada parti kerajaan.

Lebih jauh, kubu UMNO di Kemaman, dua daripada DUNnya akan Berjaya di pembangkang. Di Rompin semalam, Mohd Sabu berkata seluruh jentera pilihan Pas sudah sedia hadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa sahaja dan kini mereka hanya menanti isyaratnya sahaja.

Katanya, persediaan parti itu sudah cukup mantap dan turut meramalkan PR mampu merampas beberapa negeri lain jika PRU13 diadakan secara bersih dan adil.

“Kalau pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, kita yakin akan dapat semula Perak, kita akan dapat Negeri Sembilan dan Johor pun kita letak dalam keadaan 50-50.

Begitu juga dengan perkembangan baik sokongan pengundi terhadap PR di Melaka,” katanya selepas Majlis Ceramah Pas di Kampung Pianggu, Rompin.

No comments:

Post a Comment