Wednesday, May 30, 2012

Muzium Terengganu Dijangka Tarik 200,000 Pengunjung Tahun Ini

Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) menyediakan 14 program sepanjang tahun ini, yang dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Sabri Muda berkata aktiviti bertaraf negeri dan kebangsaan yang akan diadakan termasuk pertandingan 'Pelita Raya' pada bulan Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh, dekat Kuala Terengganu.

Beliau menjangka lebih 10,000 pelita akan menyertai pertandingan itu yang bertujuan menghidupkan suasana malam raya.

Program terdekat yang akan dilaksana ialah Forum Perdana Batu Bersurat Terengganu dengan tema - 'Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baru' pada 15 Jun, katanya semalam.

Mohd Sabri berkata satu lagi aktiviti yang akan diadakan di perkarangan muzim itu ialah pertandingan melukis citra Terengganu pada 23 hingga 25 Jun, yang terbuka kepada peminat seni lukis di negara ini.

No comments:

Post a Comment