Tuesday, May 1, 2012

Polis Terengganu Tidak Akan Keluar Permint Untuk Demonstrasi

 
Jamshah menyerahkan buah tangan kepada Mazlan ketika menziarah polis trafik
itu di HSNZ, Kuala Ternegganu, semalam.
 

Polis Terengganu tidak akan sesekali mengeluarkan permit bagi membenarkan sebarang demontrasi jalanan diadakan di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa berkata pihaknya memandang serius isu itu kerana boleh mengganggu ketenteraman awam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka, kelmarin.

 Jamshah ditemui media ketika melawat mangsa kemalangan di Kilometer 18 Dungun-Bukit Besi, Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Sarjan Mazlan Idris di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu,  semalam.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita dengan sebahagian penyokong demontrasi yang bertindak ganas merosakkan kenderaan polis di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Dalam kejadian itu, salah seorang anggota kontinjen negeri ini, Mohamad Kamil Paimin, 24, dari cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu cedera dan terpaksa menerima lapan jahitan di kepala akibat terkena balingan objek.

“Mohamad Kamil dilaporkan stabil dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan,” katanya.

Katanya, seramai 300 Kontinjen Terengganu dikerah membantu mengawal keselamatan sempena perhimpunan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Jamshah berkata, Kontinjen Terengganu membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sejak awal tahun 2011 lagi.

“Seramai 3,180 anggota yang bakal bertugas pada pilihan raya nanti dan persia¬pan dilakukan sejak awal tahun lepas lagi yang mana semua anggota terlibat dihantar ke latihan dan seminar berkai¬tan undang-undang bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Kata Jamshah, kini pihaknya dalam proses mengenal pasti kawasan yang menjadi tumpuan semasa proses pilihan raya.

No comments:

Post a Comment