Thursday, May 31, 2012

Razif Bina Bangunan Penyelaras Hasil Sumbangan Orang Ramai


 Penduduk setempat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir kagum dengan keprihatinan pemimpin kawasan itu, Ahmad Razif Abd Rahman yang berusaha mendapatkan lokasi strategik dan mencari modal bagi membina bangunan penyelaras DUN.

Bangunan penyelaras yang dibina di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir itu bernilai hampir RM700,000, bakal digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, mesyuarat, jamuan dan sebagainya apabila siap sepenuhnya kelak.


Status kemajuan projek itu telah mencapai tahap 98 peratus siap di mana kini kontraktor Bumiputera yang dilantik sedang menjalanlan kerja-kerja terakhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif berkata, bangunan itu dibina hasil sumbangan penyokong parti, orang ramai termasuk masyarakat Cina.

Katanya, pihaknya akan memanfaat sepenuhnya bangunan ini dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah untuk penduduk setempat.

“Apa yang membanggakan, ia bakal menjadi markas terbesar menjelang pilihan raya akan datang,” katanya selepas hadir pada majlis perasmian bangunan itu, baru-baru ini.

Bangunan yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, turut dihadiri Isterinya, To' Puan Hajah Norliza Mahmud; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Puteri UMNO Kuala Nerus,  Aida Azam.

Aida berkata, pelbagai program dan aktiviti bakal dilaksanakan di bangunan itu untuk kebaikan parti BN. “Saya berharap penduduk tempatan terutama di kalangan ahli UMNO memanfaat bangunan itu sebaik mungkin setiap kali program berlangsung,” katanya.

Teganukita

No comments:

Post a Comment