Thursday, May 31, 2012

Larian PMINT Tawar Hadiah Lebih RM43,000

Hadiah bernilai lebih RM43,000 menjadi rebutan dalam Larian PMINT anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) pada 23 Jun ini.

Sekretariat kejohanan, Wan Adnan Wan Derahman berkata, program bersifat 'larian santai' itu yang akan bermula dan berakhir di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu dijangka menarik kira-kira 3,000 penyertaan.


Katanya, ia melibatkan empat kategori iaitu murid sekolah rendah, sekolah menengah, belia dan juga veteran bagi wanita serta lelaki dengan jarak antara lima hingga 10 kilometer di sekitar bandar raya ini.

"Ini merupakan kesinambungan kepada aktiviti sukan yang pernah dianjurkan sebelum ini iaitu acara lumba jalan kaki yang terhenti sejak 1983.

"Malah, ia juga salah satu cara mendekati masyarakat umum melalui program tanggungjawab sosial korporat seterusnya mendukung hasrat kerajaan dalam melahirkan rakyat yang sihat, berwawasan dan aktif," katanya

No comments:

Post a Comment