Monday, May 14, 2012

Rebut Peluang Bayar Cukai Pintu Hapuskan Denda 100 Peratus

Orang ramai perlu merebut peluang membayar cukai pintu atau cukai tafsiran dalam tempoh terdekat kerana Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini menghapuskan denda 100 peratus kepada pemilik yang menjelaskan bil semasa dan tunggakan masing-masing.

Pengarah Jabatan Penilaian Pengurusan Harta MBKT, Zanila Ibrahim berkata, peluang itu perlu direbut kerana tempoh penghapusan denda akan tamat pada bila-bila masa sahaja.


Menurutnya, mungkin bagi mereka yang membayar mengikut masa ditetapkan, ia tidak memberi kesan tetapi bagi yang mempunyai tunggakan dan dikenakan denda, inilah peluang terbaik untuk menjelaskannya.

“Saya menyeru kepada pemilik yang masih belum menjelaskan bil atau cukai pintu, agar berbuat demikian dengan kadar segera terutama bagi mereka mempunyai cukai tertunggak atau denda.

“Kadar penghapusan denda 100 peratus yang sedang dikuatkuasakan ini akan ada tempoh tamat. Justeru itu, sementara masih ada masa, ambillah peluang keemasan ini,” katanya.

Kata Zanila, jangan menunggu saat akhir untuk membayar cukai tersebut kerana kini selain di pejabat, MBKT turut membuka kaunter bergerak di beberapa lokasi yang boleh dimanfaatkan orang ramai.

No comments:

Post a Comment