Monday, May 14, 2012

Rebut Peluang Rawatan, Pemeriksaan Percuma Sempena Hari Ibu

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu menawarkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma pada 12 hingga 19 Mei ini, sempena Sambutan Hari Ibu.

Selain itu, sepanjang tempoh itu, orang ramai boleh mendapatkan pil perancang keluarga secara percuma, rawatan kolesterol percuma dan banyak lagi, kecuali implanol di semua Klinik Nur Sejahtera.

Bagi tempoh itu juga, pengunjung dikecualikan daripada sebarang bil rawatan dan pemeriksaan di klinik fokus perancang keluarga itu.


Pengarahnya, Nurfarhana Lee Mohd Zulkiflee Lee berkata, pihaknya berharap orang ramai mengambil peluang mengunjungi ketiga-tiga klinik di bawah kendalian LPPKN iaitu di Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.

“Kita harap semua wanita memanfaatkan sepenuhnya peluang sepanjang tempoh promosi ini untuk mendapatkan pelbagai rawatan yang ditawarkan secara percuma dengan harapan mampu meningkatkan kesedaran untuk meletakkan kesihatan diri sebagai keutamaan.

“Justeru, dengan adanya promosi sebegini diharap ia dapat menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan kerana pencegahan awal lebih baik daripada merawat,” katanya.

Menurutnya, wanita seharusnya sedar dengan pelbagai ancaman penyakit yang kebanyakan berisiko tinggi akan menambah kesedaran dan sentiasa menjalani pemeriksaan secara berkala seperti yang disyorkan

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment