Friday, May 11, 2012

Syafiqah Sedia Galas Cabaran Memanah Sukan Olimpik London


Status sebagai atlet termuda untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik London ternyata sedikit mendebarkan Nur Shafiqah Hashim, 18, untuk menggalas cabaran itu.

Bagaimanapun beliau tetap bertekad untuk memberi sepenuh tumpuan selain menempatkan diri dalam kedudukan terbaik dalam kalangan pemanah seluruh dunia di temasya sukan dunia Julai nanti.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir itu berkata dia akan melakukan yang terbaik bagi menggalas misi negara serta tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.


Katanya menyedari saingan yang bakal ditempuh pada kejohanan itu nanti, beliau akan menyiapkan fizikal dan mental yang secukupnya untuk bersaing bersama para atlet yang nyata lebih berpengalaman dan senior daripadanya.

"Memandangkan saya masih muda dan usia saya seperti baru mahu menanam, belum lagi mengeluarkan benihnya berbanding orang lain yang sudah berpengalaman dan lebih tua dalam sukan memanah, " katanya.

Pemenang pingat gangsa di Sukan Sea Indonesia menerusi gandingan dengan Cheng Cu Sian itu, tidak mahu terlalu yakin dan enggan meletakkan sasaran pingat berikutan penyertaan pertama kali di sukan dunia nanti lebih kepada mahu mencari pengalaman dan memperbaiki pencapaian untuk masa depan.

Dia layak beraksi pada Olimpik 2012 secara merit selepas meraih kedudukan ketiga menerusi acara recurve individu, di Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran, Iran.
.

No comments:

Post a Comment