Pemain Selangor Azidan Sarudin meraikan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. Selangor 2 - 1 Felda United. |
Namun keputusan semalam tidak mampu membuktikan sikap optimis beliau selepas Terengganu hanya mampu seri dengan Sarawak 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya (kiri)pada minit ke-46 dan Edison Da Silva pada minit ke-67 manakala dua gol skuad Bujang Senang dijaringkan oleh Azizan Saperi pada minit ke-38 dan Khairul Azhar Eidroos pada minit ke-52.
Keputusan seri di tempat sendiri ini meletakkan Terengganu ke tangga bawah liga berbanding prestasi T-Team yang terus melakar kemenangan dan pastinya Butler perlu bekerja lebih keras.
Pasukan Lions XII dari Singapura gagal meraih tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka malam semalam.
Keputusan seri itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad bimbingan V.Sundramoorthy itu yang masih menerajui kedudukan liga dengan mengumpul 41 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.
Negeri Sembilan pula merampas kedudukan ketiga liga dari Perak selepas menumpaskan pasukan bimbingan Norizan Bakar itu 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Skuad Rusa, bagaimanapun dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat menerusi Michal Kubala seawal minit keenam permainan.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan yang dibimbing Mohd Azraai Khor Abdullah kembali menyusun strategi dan berjaya menjaringkan tiga gol menerusi penyerang import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-24 dan ke-66 serta Marian Farbak pada minit ke-83.
Perlawanan tersebut, sebelum itu dicemari dengan insiden pergaduhan pada minit ke-80 menyaksikan pengadil Rahmat Jantan melayangkan kad merah kepada pemain Negeri Sembilan Idris Karim dan pemain Perak Shahrul Nizam Mustafa.
Skuad Rusa diekori rapat oleh wakil kelab dari Terengganu, T-Team yang menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas.
Dua gol T-Team dijaringkan oleh Mohd Fadzli Saari pada minit ke-29 dan ke-68 manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan pemain importnya dari Jerman, Hendrik A. Helmke pada minit ke-32.
Selangor pula kembali memberikan saingan dalam liga setelah mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Felda United di Stadium Shah Alam. Pemain tengah skuad Red Giants, Azidan Sarudin membuka tirai jaringan pada minit ke-37 selepas memanfaatkan bola muntah hasil sepakan Amirulhadi Zainal yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad.
Pemain lawan Farderin Kadir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-45 sebelum Azidan menjaringkan gol kemenangan Selangor tiga minit kemudian.
Kedah kembali dirundung malang setelah tumpas 1-3 kepada PKNS Selangor di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof meletakkan wakil kelab Lembah Klang itu di hadapan apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-45 dan ke-51.
Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS Selangor dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.
Dengan kedudukan pasukan Terengganu agak tertekan selepas kalah pada saingan separuh akhir Piala FA kepada Sime Darby, kehadiran Butler, 46, yang menduduki kerusi panas Terengganu diharapkan akan mengatasi prestasi pengendali sebelum ini, Mat Zan Mat Aris.
"Mudah-mudahan saya akan membawa sukses kepada Terengganu dengan sedikit perubahan dibuat. Pemain juga perlu bekerja keras dan mempunyai disiplin bagi meraih kejayaan pasukan," kata Butler semalam.
Jurulatih yang berasal dari Halifax, England itu secara rasmi akan memulakan tugas pertamanya pada 1 Jun dengan dibantu penolong jurulatih Khalid Mohd Dahan. Kontrak Butler selama 18 bulan itu akan berakhir pada 30 Nov 2013.
Sebelum memilih Terengganu, Butler yang merupakan bekas jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pernah mengemudi Kelantan pada 2009 dan berhijrah melatih kelab Yangoon United FC dari Myanmar sebagai pengarah Teknikal selama setahun.
No comments:
Post a Comment