Wednesday, May 16, 2012

Pelumba TSG Bakal Terima Insentif - Ahmad Said


Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) bakal menerima insentif apabila kerajaan negeri sedia memberikan ganjaran atas kejayaan pasukan itu pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 yang berakhir Ahad lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai kejayaan anak-anak jati Terengganu, baik dalam bidang pelajaran mahupun sukan.

"Alhamdulillah, kita merasa bangga di atas kejayaan anak-anak Terengganu dalam kejohanan tersebut kerana Terengganu muncul pasukan terbaik dalam kalangan pasukan Malaysia,” katanya kepada pemberita semalam.


Menurut beliau, Majlis Sukan Negeri Terengganu turut telah diarah menaikkan gaji mana-mana pelumba yang layak berdasarkan prestasi dan kejayaan mereka.

Pelumba yang mewakili TSG dalam J1M 2012 ialah Hariff Salleh, Mohd Zamri Salleh, Shinichi Fukushima, Mohd Saufi Mat Senan, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohd Nor Umardi Rosli.

No comments:

Post a Comment