Saturday, May 5, 2012

Tanaman Kenaf Capai Sasaran 20 Peratus Hingga April

Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) mencapai sasaran 20 peratus penanaman kenaf daripada 1,640 hektar yang dirancang ditanam sehingga hujung April lepas.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin berkata sasaran yang ditumpukan kepada lima negeri itu dijangka meningkat pada bulan Mei dan Jun yang akan dikembangkan lagi kepada negeri lain selepas mendapat penghasilan yang baik.


"Mengikut perancangan, penanaman kenaf di Pahang merupakan negeri paling besar sasaran penanaman iaitu 782 hektar dan daripada keluasan itu, 95 hektar kawasan telah dilaksanakan penanamannya," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama penanam kenaf di Kampung Seri Damai di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata penanaman pokok itu di Kelantan pula kini seluas 127 hektar dan sasaran tanaman tersebut di negeri itu adalah 422 hektar.

"Terengganu pula telah mencapai 97 hektar daripada 400 hektar yang disasarkan, manakala Negeri Sembilan dan Perak meliputi perancangan seluas 18 hektar dengan 16 hektar daripadanya berjaya dilaksanakan di Negeri Sembilan manakala di Perak pula sedang dalam pelaksanaan," katanya.

No comments:

Post a Comment