"Kita tak nak salahkan sesiapa dan kita terpaksa ambil keputusan ini
(merehatkan Mat Zan) untuk kita perbaiki kelemahan yang ada agar kita dapat bangkit semula
dalam mengharungi Kejohanan Piala AFC, selain memburu Piala Malaysia
musim ini," - Che Mat Jusoh.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri menyatakan harapan agar pasukan Terengganu mengekalkan momentum selepas menang bergaya 6-2 ke atas kelab Vietnam, Song Lam Nghe An apabila menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, Selasa lalu
Katanya, momentum itu amat diperlukan bagi memastikan skuad Penyu melangkah ke perlawanan akhir sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu.
Berbekalkan semangat itu, Terengganu bertandan ke Stadium MPS Selayang malam Selasa lalu dan dalam suasana hujan dan padang becak, harapan adakah menggunung untuk Terengganu menang sekurang-kurangnya 2-0 mengatasi Sime Darby FC.
Namun harapan itu ranap selepas menunjukkan harapan dengan permainan menarik pada separuh masa pertama.
Penonton Terengganu agak puas dengan permainan separuh masa itu yang sepatutnya Terengganu sudah mendahului 2 gol melalui peluang-peluang yang terbuka luas.
Sepakan percuma yang terkena palang dan peluang keemasan di depan gol banyak terbuang begitu sahaja.
Ada ketikanya penyerang Terengganu bagaikan mati akal. Paling mengejutkan, tumpuan serangan diletakkan di atas bahu Francis Forkey Doe yang menyebabkan pemain itu menanggung beban berganda.
Pada separuh masa kedua, Terengganu bagaikanhilang punca dan gawang Terengganu hampir bolos apabila bola sepakan penyerang Sime Darby terkena tiang.
Forkey Doe yang terpaksa dikeluarkan kerana kecedaraan menambah lagi masalah serangan kepada pasukan Terengganu.
Kenapakah persembahan Terengganu menjadi ‘yo-yo’ sedangkan barisan pemain Terengganu boleh dikatakan antara yang terbaik bagi pasukan Liga Super musim ini? Lainlah kalau diturunkan beberapa pemain simpanan untuk aksi berkenaan.
Malah pasukan itulah juga yang Berjaya membelasah pasukan kelanb Song Lam Nghe An 6-2 sebelum itu?
Sime Darby FC pula adalah pasukan Liga Perdana yang tidakpun menduduki tangga teratas liga berkenaan?
Mengambil tempat di kalangan penonton Terengganu yang ultra dan kitu kita mula memahami kenapa mereka kadangkala kecewa dengan persembahan pasukan dan tertanya-tanya di mana silapnya.
Penonton setia Terengganu sanggup berhujan sejak jam 4 petang di Selayang hinggalah tamat perlawanan kira-kira jam 10.45 malam Sabtu lalu.
Ada yang datang dari Terengganu dan ramai juga anak Terengganu di Lembah Kelang yang sedia menyokong pasukan negeri sendiri.
Di Stadium MPS Sabtu lalu, hampir 70 peratus penonton yang seramai kira-kira 8,000 adalah penyokong Putih-Hitam.
Kekalahan Terengganu sebelum ini banyak ditanggung oleh cercaan terhadap pegawai khususnya Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh.
Beliau diherdik dan rumahnya dilempar batu. Dan kekalahan kepada Sime Darby FC, ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris pula yang paling menanggung kesannya.
Gagal ke perlawanan akhir Piala FA, Mat Zan kini direhatkan sementara berkuatkuasa serta merta sehingga 15 Mei ini dan tugasnya akan diambil alih penolongnya, Khalid Mohd. Dahan.
Menurut Che Mat, keputusan merehatkan sementara ketua jurulatih skuad Penyu itu dibuat atas persetujuan Mat Zan sejurus selepas mesyuarat pengurusan persatuan itu, kelmarin.
Beliau yang juga pengurus pasukan Terengganu turut menyifatkan keputusan yang diambil itu sebagai perkara biasa bagi memberi peluang kepada pemain serta skuad Penyu meningkatkan lagi prestasi.
Che Mat menyampaikan keputusan mesyuarat itu secara lisan melalui telefon untuk berehat dan tugasnya akan diambil alih penolong jurulatih Terengganu, Khalid.
Selepas perlawanan Liga Super dengan Perak mala mini, Terengganu akan melayani kunjungan Perak di sini, hari ini diikuti menentang Kitchee FC di Hong Kong, 9 Mei ini.
Skuad Penyu kemudian dijadual melawan Felda United di Melaka pada 12 Mei sebelum menentang Sarawak di gelanggang sendiri, 15 Mei ini.
Pengurusan persatuan hanya akan mengadakan perbincangan selanjutnya berhubung perkara itu bagi menentukan kedudukan Mat Zan selepas 15 Mei ini.
"Kita tak nak salahkan sesiapa dan kita terpaksa ambil keputusan ini untuk kita perbaiki kelemahan yang ada agar kita dapat bangkit semula dalam mengharungi Kejohanan Piala AFC, selain memburu Piala Malaysia musim ini," ujar Che Mat mengulas keputusan terhadap Mat Zan.
Jika ada lagi kekalahan selepas ini, siapa pula yang akan menjadi korban?
Apakah pengurus pasukan pula akan menjadi sasaran?
Apakah penonton dan penyokong Terengganu boleh bertahan dengan kemarahan mereka?
Mungkinkah kemarahan itu akan ditunjukkan sekali lagi malam ini jika Skuad Penyu tewas lagi?
Persoalannya benarkah wujud rasa tidak puas hati di kalangan pemain tentang beberapa perkara termasuk pembayaran bonus permainan (menang) yang sering tertangguh serta masalah-masalah lain?
Pernahkah kita menyelami perasaan pemain yang mungkin ada masalah dan tidak berani menyuarakan kerana bimbang digantung?
Kita menyambut baik pertemuan Menteri Besar dengan pengurusan PBSNT tetapi tidakkah wajar pertemuan dari hati ke hari turut diadakan dengan pemain yang ‘berpeluh di padang’ untuk mengetahui masalah mereka?
Tidak semestinya Ahmad Said sendiri yang menyelami masalah pemain berkenaan, mungkin wakilnya pun sudah memadai!
No comments:
Post a Comment