Tati Universiti Kolej (TATIUC) akan meneruskan penghantaran pelajar dan pensyarah untuk mengikuti pengajian di Mie Universiti Nagoya di Jepun yang masuk tahun ketiga tahun ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah TATIUC, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, TATIUC memberi tumpuan ke arah memperkasakan bidang penyelidikan.
“Terdapat lima tempat disediakan untuk pelajar kita di sana ,tetapi kita hanya hantar dua orang bagi melihat kesesuaian dari pelbagai sudut termasuk makan minum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Penyelidikan dan Inovasi TATIUC di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) kelmarin.
Hadir sama, Rektor TATIUC, Dr. Mohd Rozailan Ibrahim dan timbalannya, Haji Zulkifli Mohamad.
Katanya, semua kos sepanjang enam bulan berkursus di negara berkenaan ditanggung oleh universiti berkenaan dan TATIUC hanya belanja untuk tambang penerbangan sahaja.
Menurutnya, tahun ini akan hantar beberapa pensyarah TATIUC untuk membuat PhD di universiti yang sama yang dijangka memakan masa dua hingga tiga tahun.
Kita juga turut mendapat tawaran dari universiti di Korea yang bersedia menerima pelajar kita terutama untuk buat PhD di negara berkenaan namun pihak TATIUC sedang meneliti tawaran tersebut dan kemungkinan akan hantar tahun depan.
Sementara itu, terdapat 50 poster hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang antaranya bidang kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan kimia, kejuruteraan elektrik, automasi, teknologi maklumat dan kejuruteraan automotif menyertai pameran tersebut.
Katanya, TATIUC menyediakan geran penyelidikan jangka pendek sebagai galakan kepada pelajar dan pensyarahnya dalam usaha memperkasakan bidang penyelidikan serta peruntukan kewangan untuk projek tahun akhir sama ada diperingkat diploma dan ijazah sarjana muda.
Dalam perkembangan sama, terdapat lima orang pensyarahnya telah mendapat geran penyelidikan FRGS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan ini menunjukkan hasil penyelidikan pensyarah TATIUC diiktiraf di peringkat kebangsaan.
No comments:
Post a Comment