Tuesday, May 15, 2012

Terengganu Bina 41 Masjid Benilai RM200j Antara 2005-2009

Kerajaan negeri membina 41 masjid dengan kos keseluruhan kira-kira RM200 juta di seluruh Terengganu menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) (2005-2009).

Daripada jumlah itu, sebanyak 22 masjid dibina pada 2008, diikuti 2009 (tujuh dan masing-masing pada 2010 (10) serta tahun lalu (dua).

Pesuruhjaya Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Mohd Rozali Saleh, berkata kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan projek pembangunan masjid itu berjaya disiapkan sehingga tahun lalu, sementara 14 masjid lagi masih dalam kerja pembinaan.


“Sebanyak 19 masjid siap dibina pada 2008, dikuti enam masjid pada 2009, dua masjid lagi siap dibina pada 2010.

“Jumlah masjid yang siap dibangunkan adalah 27 buah dengan kos kira-kira RM127 juta sepanjang 2008 hingga 2010 di seluruh Terengganu,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.

Mohd Rozali berkata, sebanyak 14 masjid sedang dibangunkan dalam tempoh empat tahun bermula 2008 sehingga tahun lalu dengan kos keseluruhannya kira-kira RM73 juta.

Katanya, antara masjid berkenaan Masjid Raja Bukit Besar (Ladang), Masjid Kampung Wakaf Baru (Seberang Takir), Masjid Kampung Pauh Telemong, Masjid Sentul Patah (Rhu Rendang) , Masjid Banggol Mempelam dan Masjid Kubang Parit, Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment