Friday, May 18, 2012

Terengganu Jangka Dominasi Acara Berbasikal Sukma 2012

Terengganu yakin bakal mendominasi acara berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang, Julai ini, kata Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Datuk Ahmad Sidi Ismail.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan pencapaian terbaik pasukan lumba basikal Terengganu dalam kejohanan Jelajah Malaysia baru-baru ini dengan menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

"Kalau antara pasukan di Malaysia, kita menduduki tempat pertama dan di Asia pula kita menduduki tempat keenam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan piala Jelajah Malaysia kepada pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Zainal Abidin Hussin di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Sidi berkata walaupun tidak menaiki podium, kejayaan pasukan Sukma Terengganu itu menunjukkan petanda yang baik ke arah mengungguli acara berbasikal di kejohanan itu nanti.

Beliau berkata pelumba Terengganu telah menunjukan kekuatan yang seimbang dan melaungkan amaran kepada pasukan lain yang akan bertanding di kejohanan itu.

No comments:

Post a Comment