Friday, May 18, 2012

Lebih Ramai Peneroka Sokong Kerajaan Melalui Pendekatan Yang Diperkenalkan

Usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai pendekatan dan insentif membangunkan ekonomi peneroka termasuk pemberian durian runtuh kepada mereka jelas telah meningkatkan keyakinan dan sokongan lebih 7,000 peneroka di 21 buah rancangan Felda di Terengganu kepada kerajaan sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee memberitahu sokongan peneroka di Terengganu kini jelas terbukti melalui tindakan mereka terhadap program-program yang dijalankan Felda yang jauh menunjukkan lebih baik dengan apa yang diamalkan sebelum ini.


"Peneroka kini telah mula yakin dengan keikhlasan kerajaan dan mereka mula menyedari yang kerajaan tidak bercakap bohong malah telah mengotakan janji yang dibuat kepada peneroka sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek durian runtuh kepada 157 peneroka Felda Selasih berjumlah RM790,000 di dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda berkenaan di Setiu semalam.

Menurutnya, masyarakat Felda di Terengganu termasuk di daerah Setiu kini sudah mula kembali bersatu sama ada dalam menjalani program-program yang dianjurkan seperti bergotong-royong, sembahyang berjemaah dalam satu masjid dan menjalani kegiatan sosial di peringkat Felda.

Katanya, keikhlasan kerajaan menghulurkan bantuan tanpa membezakan fahaman politik telah mula dirasai sesetengah peneroka yang sebelum ini bertindak sebagai penentang dengan berbalik semula menyokong kerajaan.

No comments:

Post a Comment