Tuesday, June 12, 2012

12 Pemain Galas Cabaran Terengganu Pada Sukma 2012

Persatuan Boling Padang Terengganu (PBPT) Isnin menyenaraikan 12 pemain termasuk enam wanita untuk membawa cabaran pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 di Kuantan, Pahang bulan depan.

Setiausaha PBPT yang juga pengurus pasukan Ahmad Hisham Hassan berkata lapan daripada pemain itu iaitu empat lelaki dan empat wanita pernah beraksi pada SUKMA Melaka 2010.


Katanya beliau yakin Terengganu dapat memperbaiki pencapaian satu emas, dua perak dan tiga gangsa pada SUKMA Melaka.

Berdasarkan pencapaian semasa, kami yakin dapat layak ke peringkat akhir acara beregu, berempat lelaki dan wanita serta perseorangan wanita, katanya semalam.

 SUKMA 2012 akan berlangsung dari 7 hingga 16 Julai ini.

Senarai Pemain Terengganu: Lelaki: Abdul Hadi Mohd Zawadin, Mohd Roziman Salleh, Amir Mohd Zulfadli Mohd Faizal, Mohd Arshad Aizat Abdul Rahman, Abdul Qaiyum Razak, Mohd Shahril Hafizi. Wanita: Siti Khuzimah Mamat, Nur Shahizan Ariffin, Syarindah Jaafar, Siti Nur Shahirah Mohd Faizal, Nurul Natasya Mohd Yusof, Nur Hamiza Hany Johari.

No comments:

Post a Comment