Tuesday, June 12, 2012

Pesawah Batu Buruk Terima Pampasan RM228,400 Daripada Kerajaan Pusat

Seramai 31 pesawah dari Kampung Tok Adis, Batu Buruk di sini melahirkan rasa syukur di atas bayaran pampasan RM228,400 selepas tanaman padi mereka musnah akibat limpahan air masin akhir tahun lepas.

Pesawah berkenaan yang mengusahakan tanaman padi secara berkelompok menerima pampasan mengikut keluasan kawasan yang diusahakan antara RM670 dan RM38,241 setiap seorang.


Seorang daripada penerima berkenaan, Ismail Awang, 64, berkata tanaman padinya yang sedang membunting ketika itu, habis musnah akibat limpahan air masin ke dalam sawah ketika air laut pasang besar.

"Kami sungguh terharu di atas perhatian kerajaan pusat menghulurkan pampasan yang sangat-sangat kami perlukan," katanya ketika menerima pampasan yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Kuala Terengganu.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Parlimen (PPP) Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

 Ismail yang mengerjakan sawah seluas kira-kira 9.201 hektar sejak remaja, dibantu isterinya, Sulong Awang, 54, serta anak-anaknya mendapat pampasan paling tinggi iaitu sebanyak RM38,241.

No comments:

Post a Comment