Sunday, June 17, 2012

46 Petani, Nelayan Daerah Besut Dapat Peralatan

Petani dan nelayan negeri ini terus mendapat nikmat apabila mereka diberi pelbagai bentuk bantuan dan peralatan dalam usaha meningkatkan lagi sumber pendapatan golongan berkenaan.

Program Azam Tani yang diperkenalkan Kerajaan Pusat satu lagi saluran golongan petani dan nelayan mendapat kemudahan terutama peralatan bagi menjalankan aktiviti dalam bidang masing-masing.


Menerusi program yang bertujuan membantu isi rumah berpendapatan rendah dari golongan miskin tegar dan miskin dalam eKasih ia mem beri fokus kepada sektor penternakan,perikanan,perniagaan hasil pertanian dan penghasilan produk asas tani.

Bagi tujuan itu seramai 46 petani dan nelayan di daerah Besut, hari ini turut menerima pelbagai peralatan termasuk bot, motosikal roda tiga dan jentolak yang disampaikan Pengerusi MARA,Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih.

Majlis anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bgerlangsung di Kampung Seberang Kastam itu turut dihadiri ADUN Kota Putera,Muhamad Pehimi Yusof dan Pengarah LKIM Terengganu, Mohd Saffe Mohd.

Penerima bantuan termasuk ahli parti pembangkang diingatkan menggunakan sepenuhnya peralatan yang diberikan kerajaan dan tidak digunakan untuk tujuan lain.

Peringatan yang diberikan Idris itu bertujuan mempastikan peralatan terbabit tidak disalah guna atau ada juga yang bertindak menjualnya selepas menerima peralatan berkenaan.

Idris berkata, penerima sewajarnya berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatian dan menyalujrkan pelbagai bantuan untuk membantu meningkatkan sumber pendapatan petani dan nelayan negeri ini.

No comments:

Post a Comment