Sunday, June 17, 2012

MB - Manif FM Pembelian Terbaik Untuk Kerajaan Negeri


Pembelian stesen radio Manis FM oleh Kerajaan Negeri dilihat sebagai langkah terbaik dan bakal menjadi medium rakyat negeri ini khasnya dan Pantai Timur untuk mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan semasa yang berlaku di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pendengar Manis FM juga berpeluang mendapat maklumat terkini selain rancangan berbentuk keagamaan dan hiburan dari masa ke masa.


“Stesen radio kita ini akan menyediakan banyak program menarik dan sebahagian besar rancangannya akan ditaja oleh pihak swasta.

“Kita juga akan tetapkan satu tarikh untuk majlis pelancaran Manis FM secara rasmi dalam masa terdekat ini,” katanya ketika ditemui pemberita, selepas melawat stesen radio Manis FM di Bangunan Epic di Kuala Terengganu, pagi kelmarin.

Turut serta pada majlis itu ialah Pengurus Besar Manis FM, Mahari Abdul Rahman. Kerajaan Negeri telah membeli Manis FM setahun lalu, dengan harga RM9 juta dari Husa Network Sdn Bhd, kepunyaan orang perseorangan yang sebelum ini beroperasi di Lorong Manis, Jalan Sultan Yahya Petra, Kelantan.

Kata Ahmad Said, pihaknya telah memperoleh lesen untuk siaran stesen radio itu meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang dan boleh juga ke udara hingga ke peringkat nasional.

Antara perancangan yang akan dilaksanakan ialah, pegawai kanan kerajaan negeri termasuk barisan Exco akan dijemput ke stesen radio itu, bagi memberi maklumat mengenai rancangan kerajaan dari masa ke masa kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment