Saturday, June 9, 2012

75 Peratus Rakyat Malaysia Setia Guna Prosuk Buatan Tempatan

Muhyiddin (kanan) bersama Ismail Sabri melihat barangan buatan Malaysia pada gimik pelancaran Ekspo Beli Barangan Malaysia 2012 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia berpendapatan kelas pertengahan dan ke atas masih setia kepada produk buatan Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, angka itu merupakan hasil kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Scientific Research pada tahun 2010 mengenai persepsi pengguna Malaysia terhadap jenama antarabangsa.


"Sementara itu, 25 peratus rakyat Malaysia pula gemar membeli barangan berjenama terkenal antarabangsa," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ismail Sabri berkata, kajian itu juga menunjukkan bahawa 55 peratus daripada golongan muda di negara ini sanggup berbelanja untuk produk tempatan yang berkualiti.

No comments:

Post a Comment