Saturday, June 9, 2012

Terengganu Juara Kejohanan Menembak Remaja Malaysia

Dua pingat emas yang diperoleh Terengganu semalam membolehkan mereka ditabalkan selaku juara keseluruhan Kejohanan Menembak Remaja Terbuka Kebangsaan 2012 di Lapang Sasar Subang di Petaling Jaya.

Pada hari terakhir kejohanan semalam,Athirah Hamzah membidik dua pingat emas untuk pasukan pantai timur itu menerusi acara 50m Rifle 3 Posisi Individu Remaja Perempuan dan acara berpasukan remaja perempuan.


Dua pingat emas yang diraih pasukan Terengganu membolehkan mereka mengumpul lapan emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Mereka diekori rapat oleh Johor yang mengutip tujuh emas, tiga perak dan dua gangsa manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Perak yang mengumpul empat emas, tiga perak dan 10 gangsa.

Kejohanan selama tujuh hari itu yang bermula sejak Sabtu lepas disertai oleh enam negeri iaitu Terengganu, Johor, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment