Thursday, June 28, 2012
Ambiga Patut Dihukum Gatung - MP Sri Gading Pertahan Kenyataan
Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz bertegas tidak akan memohon maaf kerana kenyataannya menyentuh Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga tidak salah dan hanya bercakap dalam konteks keselamatan negara.
Mohamad menegaskan pendirian itu berikutan desakan ahli-ahli pembangkang, yang diketuai Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mahu membuat laporan polis berhubung kenyataan Mohamad yang meminta Ambiga dihukum gantung sampai mati berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Mohamad menjelaskan, kenyataan asal beliau di Dewan Rakyat pada Selasa lalu merupakan pertanyaan dengan beranggapan bahawa jika benar Ambiga telah melakukan penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong. "Apakah Ambiga tidak boleh dianggap penderhaka kepada Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia," katanya hari ini.
No comments:
Post a Comment