Monday, June 11, 2012

Anggota Polis Antara Empat Ditahan Samun Buruh Indonesia

Seorang anggota polis bersama tiga remaja ditahan selepas menyamun sekumpulan buruh binaan warga Indonesia awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada 4 pagi itu anggota polis yang berpangkat konstabel sokongan, bertindak menjadi pemandu ketika melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah kongsi di Jalan Jakar, Kemaman.


Ketua Jabatan siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata enam buruh berkenaan sedang tidur di rumah kongsi mereka apabila dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis narkotik.

Katanya ketiga-tiga lelaki itu mengarahkan kesemua buruh berkenaan yang berusia antara 20-an hingga 40-an itu bangun, meminta pasport dan salah seorang daripada mereka memakai vest polis sebelum mengarahkan kesemua buruh berkenaan keluar daripada rumah tersebut.

"Selepas mangsa keluar, dua daripada lelaki itu meluru masuk ke salah sebuah bilik di rumah berkenaan dan bertindak merampas beg yang mengandungi wang tunai RM400.

No comments:

Post a Comment