Monday, June 25, 2012

APMM Bina Enpat Infrastruktur Di 4 Negeri, Termasuk Terengganu

Empat infrastruktur Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah disiapkan di Johor, Terengganu, Selangor dan Pahang.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish dalam kenyataan pada Khamis berkata insfrastruktur itu ialah Pejabat Daerah Maritim, Tanjung Sedili, Johor; Daerah Maritim Kuala Terengganu; Stesen Udara APMM, Subang serta Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia, Kuantan, Pahang.

Mohd Amdan berkata prestasi APMM dijangka akan terus meningkat apabila pembangunan prasarana pangkalan, daerah serta lain-lain aset dapat disiapkan secara berperingkat.


Beliau berkata dari sudut kejayaan bantuan mencari dan menyelamat, sepanjang Januari hingga Jun tahun ini APMM menyelamatkan 238 nyawa dan jumlah itu termasuk 30 orang nelayan tempatan.

"Manakala jumlah harta benda yang diselamatkan bernilai kira-kira RM449 juta iaitu 98 peratus daripada nilai harta keseluruhan," katanya.

Kes-kes berprofil tinggi khasnya aktiviti pelanunan dan rompakan yang melibatkan kapal-kapal dagang di Selat Melaka juga tidak lagi berlaku sejak tahun 2009 kecuali dua kejadian kecil tahun lepas, kata Mohd Amdan.

"Perkembangan positif ini dipercayai akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi maritim, umpamanya pada tahun lepas sektor perkapalan mencatatkan 77,000 kapal dagang menggunakan Selat Melaka bagi menjalankan ekonomi antarabangsa," katanya.

Disebalik banyak kejayaan itut, APMM dianugerahkan 'Award International Qualitiy Summit (ISQ) New York 2012 in the Gold Award for Excellence and Business Prestige' dalam konvensyen Bussiness Initiative Directions (BID) di New York, Amerika Syarikat 28 Mei lepas.

BID IQS merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang menganjurkan budaya kualiti dalam organisasi perniagaan dan bukan perniagaan.

Syarikat di Malaysia yang turut menerima anugerah itu tahun ini ialah Syarikat CMG Holding Sdn Bhd yang berkaitan dalam bidang Teknologi Maklumat.

Sejak ditubuhkan pada pada 15 Feb 2005, ini merupakan kali kedua Maritim Malaysia menerima anugerah antarabangsa, kali pertama tahun 2009, iaitu anugerah Maritime Security Agency Of The Year daripada Frost and Sullivan.

No comments:

Post a Comment